suria

Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Scoots Perkenal Nama Pesawat Ketiga 'Majulah'

SINGAPURA: Scoot, syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Singapura, hari ini memperkenalkan 'Maju lah', pesawat ketiga yang akan memulakan perkhidmatan minggu depan.

"Sebagai syarikat penerbangan Singapura yang kami bangga, dan dengan pesawat baharu yang akan memulakan perkhidmatan hampir dengan tarikh ulang tahun Singapura pada 9 Ogos, kami tidak ingin melepaskan peluang ini untuk meraikannya dengan negara kami.

"Sudah tentu, kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menambah sedikit cita rasa tempatan dan gaya Scoot, justeru itu muncul lah idea 'Maju lah'," kata Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Campbell Wilson semasa memperkenalkan nama itu, di sini, Isnin.

Majulah dalam Bahasa Melayu bermakna "mara kehadapan", dan nama itu merupakan sebahagian daripada lagu kebangsaan Singapura bertajuk 'Majulah Singapura' manakala "lah", ialah perkataan akhiran Singlish, bahasa slanga Singapura. - BERNAMA

Artikel Lain