suria

Myanmar Tarik Balik Larangan Penerbitan Dua Majalah

YANGON, Myanmar: Penapis media Myanmar bersetuju untuk menarik balik penggantungan dua majalah mingguan.

Penarikan balik itu adalah serta-merta selepas para wartawan mengadadakan demontrasi bagi menuntut lebih banyak kebebasan akhbar.

Editor daripada majalah The Voice Weekly dan Envoy pada Selasa berkata, mereka disaman oleh Lembaga Penelitian Akhbar dan memaklumkan mereka boleh meneruskan penerbitan pada 18 Ogos.

Mesyuarat pada Isnin diadakan selepas seminggu para editor diarahkan untuk menggantungkan penerbitan serta-merta selepas melanggar peraturan.

Kesalahan yang jelas itu merupakan artikel spekulasi mengenai butiran satu ramalan terhadap rombakan Kabinet.

Hujung minggu lalu, berpuluh-puluh wartawan mengadakan petisyen dengan mengumpulkan tandatangan daripada para pengamal media dan menulis sepucuk surat yang ditujukan kepada presiden bagi menggesa supaya larangan itu dihentikan. - AP

Artikel Lain