suria

Manila Ditenggelami Banjir, 20,000 Penduduk Diarah Pindah

MANILA: Kira-kira 20,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka kerana banjir mula menenggelami ibu kota Manila di Filipina akibat hujan lebat yang berterusan sehingga awal pagi Selasa.

Sekolah, bank dan kebanyakan pejabat kerajaan di Manila ditutup kerana kedalaman air sudah mencecah paras leher.

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah diarahkan berpindah buat sementara waktu ke sekolah, gimnasium dan bangunan kerajaan, kata pegawai pertahanan awam.

Jean Navarez dari pusat kaji cuaca negara itu memberi amaran bahawa banjir akan bertambah buruk kerana air di empangan La Mesa mula melimpah keluar.

"JIka kita meletakkan ia dalam peratusan, sekurang-kurangnya 50 peratus bandar Manila ditenggelami banjir.

"Hujan lebat akan berterusan dalam tempoh 24 jam akan datang. Banjir akan menjadi lebih buruk," katanya.

Artikel Lain