suria

Letupan Bom Di Ibu Pejabat TV Syria Di Damsyik

DAMSYIK: Satu letupan bom menggegarkan ibu pejabat televisyen negeri Syria di tengah-tengah bandar Damsyik pada Isnin mengakibatkan beberapa orang tercedera, kata Menteri Penerangan Omran al-Zoabi.

Letupan itu berlaku di bangunan pejabat pengurusan di tingkat tiga.

"Adalah jelas bahawa letupan itu disebabkan oleh peranti bahan letupan," kata Zoabi.

"Beberapa rakan-rakan kita cedera, tetapi tidak terdapat sebarang kecederaan serius, dan tidak ada kematian."

Saluran TV berkenaan kekal ke udara tetapi seorang wartawan AFP melaporkan bahawa kenderaan pemadam kebakaran diletakkan di luar bangunan dan satu-satunya jalan akses ke Omayyad Square disekat.

Saluran televisyen pro-kerajaan Al-Ikhbariya, yang mana ia sendiri menjadi sasaran serangan maut yang didakwa oleh Tentera Pemberontak Bebas Syria pada bulan Jun, menyiarkan rakaman Zoabi memeriksa tingkat tiga bangunan.

Tembok kelihatan rosak, paip air pecah, dan kabel elektrik tergantung dari siling. Darah juga dapat dilihat pada beberapa perabot. Penyiar menunjukkan sukarelawan memindahkan seorang lelaki yang cedera.

"Televisyen Syria menjadi sasaran kerana keberaniannya," kata Zoabi.

"Tetapi tiada apa yang akan menghentikan suara Syria."

Pada 27 Jun, lelaki bersenjata yang bersenjatakan bahan letupan menyerang pejabat Al-Ikhbariya di luar Damsyik membunuh tiga wartawan dan empat pengawal keselamatan.

Pada Sabtu, pejuang pemberontak menyerang bangunan televisyen negeri di bandar kedua Syria, Aleppo.

Artikel Lain