suria

K'jaan Nepal Haramkan Penggunaan Istilah Inggeris Dalam Menamakan Sekolah Baru

KATHMANDU: Kerajaan Nepal telah mengeluarkan satu arahan pada Isnin yang mengharamkan penggunaan istilah asing dalam menamakan sekolah demi untuk memelihara budaya tempatan.

Antara nama-nama yang diharamkan adalah seperti "Oxbridge", "White House" atau "NASA".

Pengumuman itu dibuat ekoran beberapa siri protes oleh pelajar dan gerakan belia yang menentang penggunaan istilah Inggeris dan asing dalam menamakan sekolah.

"Kami telah pun mengarahkan semua sekolah agar menguggurkan nama-nama yang berbaur bahasa asing. Ada sesetengah sekolah didapati telah menggunakan istilah asing di dalam menamakan sekolah mereka secara keterlaluan, " kata jurucakap Kementerian Pelajaran, Janardan Nepal kepada agensi berita AFP.

Nepal yang bergantung kepada bantuan negara asing dan luar dalam bajet pelajaran negara itu cuba untuk mengambil hati negara penderma dengan menamakan sekolah menggunakan nama institusi luar yang berprestij.

Trend ini semakin menjadi-jadi sehingga dianggarkan sejumlah 250 buah sekolah menengah di Kathmandu telah dinamakan menggunakan nama institusi-institusi popular dari Eropah dan Amerika contohnya "Einstein Academy" dan "Pentagon College."

Artikel Lain