suria

DreamWorks Rancang Bina Taman Tema Di China

SHANGHAI: DreamWorks Animation pada Selasa berkata, ia merancang untuk membina sebuah taman tema di Shanghai bernilai AS$3.2 bilion (RM9.92 bilion), apabila perfileman gergasi Amerika Syarikat (AS) itu memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran hiburan China yang berkembang pesat.

Studio itu yang membabitkan usahasama dengan China dinamakan Oriental DreamWorks, merancang untuk membuka taman tema pada 2016, merupakan pencipta filem mega seperti “Shrek” dan “Kung Fu Panda”, katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, projek bernilai berbilion dolar itu dinamakan sebagai Dream Center yang akan menghimpunkan kemudahan hiburan, pameran animasi dan pembangunan komersial termasuk hotel dan kawasan beli-belah di daerah Xuhui di Shanghai.

Pengumuman itu dibuat selepas Walt Disney, satu lagi hiburan AS gergasi, membuat pecah tanah pada tahun lepas yang merancnag untuk membina taman tema bernilai AS$3.7 bilion (RM11.47 bilion) di Shanghai yang dijadualkan dibuka pada 2015.

DreamWorks pada Februari berkata, ia merancang untuk mengadakan usahasama AS$330 juta (RM1.023 bilion) dengan tiga rakan Chinanya iaitu China Media Capital, Shanghai Media Group dan Shanghai Alliance Inverstment. - AFP

Artikel Lain