Beberapa Warga Iran Muncul Dalam Tv Mengaku Terima Arahan Israel Bunuh 4 Saintis Negara Itu - Dunia | mStar

Beberapa Warga Iran Muncul Dalam Tv Mengaku Terima Arahan Israel Bunuh 4 Saintis Negara Itu

TAHERAN: Sebuah televisyen Iran pada Isnin telah menayangkan pengakuan beberapa orang warganya yang mengaku secara terbuka bagaimana mereka melancarkan serangan untuk membunuh empat saintis nuklear negara itu selepas menerima latihan daripada agensi perisikan Israel.

Dalam pengakuan itu, mereka turut mengakui arahan tersebut ada kaitan dengan "Washington dan London."

Siaran itu menunjukkan bagaimana merancang pembunuhan itu dan melakonkan semula babak di mana mereka melancarkan serangan berkenaan yang membunuh empat orang saintis Iran.

Laporan khas semalam 40 minit itu turut menamakan 13 warga Iran yang didakwa terlibat dalam serangan itu - lapan lelaki dan lima wanita.

Salah seorang yang dinamakan dalam senarai itu termasuklah Majid Jamali Fashi, yang telah pun dihukum bunuh 15 Mei lalu selepas didapati bersalah mengintip untuk Agensi Perisikan Israel, Mossad serta bertindak sebagai peneraju utama pembunuhan itu yang dilancarkan pada Januari 2010. Satu lagi serangan dilakukan pada 11 Januari tahun ini.

Dia dikatakan menerima AS$120,000 sebagai habuan melaksanakan misi tersebut.

Sejak dakwaan itu didedahkan, Kerajaan Amerika Syarikat menafikan sebarang penglibatan mana-mana agensinya dalam pembunuhan empat saintis Iran itu.

Israel pula enggan menafikan atau mengesahkan penglibatan mereka dalam angkara tersebut.

Salah seorang suspek yang muncul dalam program khas di kaca televisyen itu bernama Maziar Ebrahimi memberitahu, bagaimana dia dihantar ke Israel untuk mempelajari taktik-taktik mengendalikan bahan letupan serta menerima latihan ketenteraan dan penggunaan senjata api.

Seorang lagi yang dikenali dengan nama Behzad Abdoli berkata, terdapat satu insiden di mana mereka telah dibawa ke Turki dan dari sana mereka menaiki bot untuk ke Cyprus dan dari situ mereka dibawa ke sebuah pekan kecil berhampiran Tel Aviv.

Lelaki ketiga bernama Arash Kheradkish berkata, bagaimana mereka dilatih untuk melekapkan bom magnetik ke atas kenderaan yang bergerak dan kemudian untuk melarikan diri dengan segera tanpa dikesan.

Ini bukanlah kali pertama stesen televisyen milik negara menyiarkan pengakuan seumpama itu.

Pada Disember lalu, mereka telah menyiarkan pengakuan seorang bekas anggota Marin Amerika bernama Amir Mirzai Hekmati yang memegang dua kerakyatan iaitu Amerika dan Iran yang dia adalah ejen CIA yang dihantar ke Iran untuk menembusi Perkhidmatan Perisikan Iran.

Bagaimanapun keluarganya di Amerika menafikan yang dia adalah seorang ejen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain