suria

Syria Lancar Kawasan Pengeboman Baru

BEIRUT: Tentera Syria melancarkan kawasan pengeboman baru di daerah Saleddin yang terletak di bandar Aleppo.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, pertempuran juga berlaku di daerah Sukkari, Hamdaniyeh dan Ansari antara tentera dan pejuang pemberontak dan mengakibatkan 13 orang terkorban di seluruh Syria.

Antara yang terkorban adalah dua pejuang pemberontak yang mati di Aleppo, awal pagi semalam, kata pemerhati tersebut. - AFP

Artikel Lain