suria

China Tahan 137 Orang Disyaki Dalam Pemerdagangan Organ

BEIJING: Polis China menahan 137 orang, di kalangan doktor, yang disyaki terlibat dalam pemerdagangan organ manusia di seluruh negara kerana permintaan tinggi untuk pemindahan begitu menguntungkan, kata pihak berkuasa.

Dalam satu operasi yang bermula pada akhir Julai, polis membuat serbuan di 18 wilayah dan rantau, dan “menyelamatkan” 137 orang yang bersetuju untuk mendemarkan organ kepada peniaga haram, kata Menteri Keselamatan Awam.

Lapan doktor merupakan antara yang ditahan, disyaki terlibat dalam operasi pemindahan organ secara haram, kata kementerian itu dalam satu laporan yang disiarkan di laman webnya pada lewat Sabtu.

“Suspek biasanya menggunakan identiti palsu untuk merekrut calon-calin yang sihat daripada Internet dan meletakkan mereka di bawah satu syarat rahsia,” kata kementerian itu.

“Suspek akan mencari pesakit yang memerlukan pemindahan organ dari hospital-hospital atau Internet dan kemudian menyesuaikannya dengan penderma yang sihat.”

Tindakan keras terhadap pedagang haram itu selepas media membuat laporan pada April lalu mengenai seorang pelajar remaja di sekolah tinggi menjual buah pinggang untuk operasi pemindahan organ secara haram dan menggunakan bayaran itu membeli sebuah iPhone dan iPad.

Pelajar berusia 17 tahun itu dibayar AS$3,500 (RM10,938) yang direkrut daripada sebuah laman sembang dalam talian, kata agensi berita The Xinhua ketika budak berkenaan menderita kerana buah pinggannya gagal berfungsi dengan tahap kesihatannya semakin merosot. - AFP

Artikel Lain