suria

Pesawat Cessna Terhempas, Dua Juruterbang Pelatih Selamat

JAKARTA: Sebuah pesawat latihan jenis Cessna terhempas di sebuah kawasan perumahan ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Letkol Wisnu, daerah Buleleng, Bali, petang Ahad namun kedua-dua juruterbang pelatih pesawat itu selamat dan hanya mengalami kecederaan.

Juruterbang yang dikenali sebagai Rizky dan pembantu juruterbang bernama Budi dibawa ke Hospital Daerah Bulelang untuk rawatan sejurus selepas kemalangan pada pukul 2 petang itu.

Pesawat milik sekolah penerbangan Bali International Flight Academy (Bifa) terhempas di belakang rumah seorang penduduk di Pengametan, Desa Sumberkima dekat lapangan terbang itu.

"Ketika hendak mendarat, pesawat malang tu terbang terlalu rendah lalu melanggar pokok dan jatuh di belakang rumah milik Putu Tulis," kata seorang anggota Polis Gerokgak. - BERNAMA

Artikel Lain