suria

Heineken Mahu Beli Pengeluar Bir Tiger Pada Nilai Sg$5.1 Bilion

SINGAPURA: Pembuat bir dari Belanda, Heineken pada Jumaat berkata, ia telah mencapai satu perjanjian untuk membeli Asia Pacific Breweries (APB) yang merupakan pengeluar bir Tiger pada nilai Sg$5.1 bilion. (RM12.76 bilion).

Heineken berkata, syarikat yang disenarai di Singapura, Fraser & Neave (F&N) telah menerima tawaran tersebut bagi memperoleh kepentingannya dalam APB.

Ia berkata, lembaga pengarah F&n telah bersetuju untuk mengesyorkan perjanjian itu kepada pemegang saham.

Heineken pada masa ini memiliki 41.9 peratus pegangan dalam APB, yang merupakan salah satu daripada pembuat bir terbesar di Asia Tenggara, manakala F&n memegang 40 peratus.

Dalam satu kenyataan di Amsterdam, Heineken berkata, ia telah menawarkan belian terhadap semua saham dalam APB untuk Sg$50 (RM125.12) seunit, satu premium 45 peratus kepada volum sebulan menyamai purata nilai per saham, untuk jumlah Sg$5.1 bilion.

“Lembaga pengarah F&N bersetuju untuk mengesyorkannya kepada pemegang saham bagi mendapatkan undian berhubung cadangan pertukaran pada mesyuarat pemegang saham yang bersesuaian.

Terdahulu, Heineken berkata, pengambilalihan APB dapat menyediakan akses secara langsung kepada beberapa pasaran termasuk Kemboja, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Papua New Guinea, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Kajian mengatakan bahawa tawaran Heineken itu akan membangkitkan perebutan pengambilalihan dengan pelabur Thailand dan Jepun untuk menguasai APB, yang akan menjadikan bir Tiger dan jenama lain popular di seluruh Asia, termasuk pasaran China. – AFP

Artikel Lain