suria

Kofi Annan Letak Jawatan Wakil Khas PBB-Liga Arab

BEIRUT: Kofi Annan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab pada Khamis, ketika pergolakan di Syria semakin meruncing.

Perkara itu diumumkan oleh pemimpin PBB, Ban Ki-moon.

Peletakan jawatan tersebut akan berkuat kuasa pada 31 Ogos ini selepas Annan enggan memperbaharui mandatnya.

Annan turut mengkritik kuasa besar dunia sekali gus menyebabkan usaha enam bulan yang mengecewakan kerana gagal mencapai matlamat gencatan senjata sementara ketika negara itu diheret ke dalam kancah perang saudara.

Bercakap kepada wartawan di Geneva, Annan menyalahkan sikap keras kepala kerajaan Syria, peningkatan pergerakan pemberontakan dan Majlis Keselamatan yang tidak sepakat sehingga gagal menyokong usaha beliau.

Sejak memulakan tugasnya, Rusia dan China sudah dua kali menggunakan kuasa veto mereka untuk menyekat blok barat dan menyokong tindakan negara Arab terhadap rejim Presiden, Bashar Assad.

Artikel Berikut

Artikel Lain