suria

Kes Pengebumian Bayi Yang Salah Di Poland Disiasat

NEW YORK: Pegawai pemeriksa perubatan New York City berkata, pihaknya bertanggungjawab terhadap kesilapan yang menyebabkan sebuah keluarga mengebumikan bayi yang salah di tempat asal mereka di Poland.

Justyna and Rafal Sliwa memberitahu akhbar New York Post bahawa mereka mengetahui tentang kesilapan itu pada 6 Julai.

Mereka mengadakan upacara memperingati pada 16 Jun terhadap bayi yang dilahirkan mati, yang mempercayai bahawa ia adalah kepunyaan mereka.

Pengebumian itu dilakukan pada 19 Jun di tempat asal pasangan itu di Lomza, Poland.

Maklumat mengenai sebuah keluarga yang lain tidak didedahkan kepada umum.

Seorang jurucakap wanita bagi pejabat pemeriksaan perubatan itu, Ellen Borakove berkata, kedua-dua bayi dengan jelas mempunyai nama yang sama.

Pejabat itu sedang menyiasat mengenainya. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain