suria

India, Sri Lanka Ganda Dagangan Kepada RM31 Bilion Pada 2015

NEW DELHI: India dan Sri Lanka menyasar untuk menggandakan perolehan perdagangan dua hala kepada US$10 bilion (RM31.22 bilion) menjelang 2015, kata Menteri Perdagangan, Perindustrian dan Tekstil India, Anand Sharma.

India komited untuk menjadi rakan dan rakan kongsi Sri Lanka dalam memenuhi aspirasi pertumbuhan dan pembangunannya, kata beliau.

"Kami telah menetapkan sasaran untuk menggandakan perdagangan kepada US$10 bilion menjelang 2015. Ketua industri telah menerima dan mengesahkannya," katanya pada perasmian 'The India Show - Land of Limitless Opportunities' pada Jumaat di Colombo.

Antara lain, India akan membantu Sri Lanka dalam penubuhan Zon Ekonomi Khas komponen Kejuruteraan dan Automobil berhampiran Trincomalee, dan menggalakkan eksport kepada rantaian pengeluaran di India.

Sharma berkata, India dan Sri Lanka juga akan bekerjasama ke arah penubuhan hub pengilangan farmaseutikal di Sri Lanka, memanfaatkan langkah besar yang dibuat oleh industri farmaseutikal India dalam memenuhi keperluan ubat-ubatan berkualiti di seluruh dunia pada harga yang berpatutan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain