suria

Imigran Beri Keuntungan Kepada Syarikat Kendali Penjara AS

MIAMI: Amerika Syarikat (AS) memenjarakan lebih ramai imigran haram berbanding yang lain, menjana keuntungan untuk syarikat penjara terbesar di negara itu, dan ulasan Associated Press menunjukkan bahawa bahawa perniagaan itu telah melibatkan berpuluh-puluh juta dolar melobi ahli parlimen dan menyumbangkan kepada kempen-kempen mereka.

Kos kepada pembayar cukai di AS adalah sehingga AS$2 bilion (RM6.22 bilion) untuk tahun ini, dan syarikat-syarikat itu menjangkakan potongan terbesar daripadanya untuk beberapa tahun akan datang apabila kerajaan merancang untuk menyediakan kemudahan baru bagi menempatkan 400,000 imigran yang ditahan setiap tahun.

Selepas sedekat pengembangannya, penjara di AS dikendalikan oleh hanya tiga syarikat.

Pertumbuhannya setakat ini adalah jauh lebih banyak, walaupun terdapat penurunan bilangan pendatang asing sejak kebelakangan ini.

Pada tahun 2011, hampir separuh daripada katil dalam pusat tahanan awam AS diselia dengan kemudahan persendirian, dengan sedikit pengawasan daripada Persekutuan, meningkat 19 peratus sejak sedekad yang lalu.

Pusat tahanan itu terletak di bandar-bandar dan kawasan terpencil, kebiasaannya ditempatkan dalam bangunan yang rendah dikelilingi pagar berdawai.

Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS telah menahan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang disyaki melanggar undang-undang imigresen awam, ditempat dalam kemudahan berkenaan.

Kebanyakan tahanan yang ditempatkan di 250 lokasi seluruh negara merupakan imigran yang sedang menunggu untuk diusir keluar, tetapi sebahagiannya yang merupakan pemegang kad hijau, pencari suaka dan yang lain turut ditempatkan di sana.

Syarikat-syarikat tersebut mengaut keuntungan daripada anak syarikat yang menyediakan penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

Dan mereka menempatkan lebih ramai imigran yang disabitkan kesalahan atas jenayah persekutuan. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain