suria

Ibu Bapa Didapati Bersalah Bunuh Anak Perempuan Kerana Terlalu Kebaratan

LONDON: Seorang juri mendapati ibu bapa warga Pakistan kepada seorang remaja perempuan bersalah kerana membunuh.

Sabitan itu selepas kakak kepada budak perempuan berkenaan tidak memihak ibu bapanya dengan memberitahu juri bahawa ibu dan bapanya telah menyebabkan Shafilea yang berusia 17 tahun mati lemas dalam beg plastik kerana terlalu kebaratan.

Iftikhar, 52, dan Farzana Ahmed, 49, berhadapan dengan hukuman penjara minimum 25 tahun kerana membunuh anak perempuan mereka pada tahun 2003.

Mahkamah Chester Crown di utara England mendapati Iftikhar dan Farzana Ahmed membunuh dan membuang mayat.anak perempuan mereka pada 2003.

Kakak Shafile, Alesha memberitahu juri bahawa ibu bapanya telah menolak Shafilea dan kemudian dia mendengar ibunya berkata, “selesaikan di sini sahaja.”

Pihak berkuasa British menyiasat beribu-ribu kes kahwin paksa pada tahun lepas.

Sebahagian kes berakhir dengan pembunuhan di mana ahli keluarga percaya anak perempuan mereka membawa malu kepada keluarga – kerana menolak perkahwinan, atau sebahagian lain disebabkan oleh kerana terlalu kebaratan.

Menurut pendakwa raya, Andrew Edis, Shafilea hanya berusia 10 tahun apabila dia mula memberontak terhadap peraturan ketat oleh ibu bapanya. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain