suria

Pemandu Bas Langgar Penunggang Basikal Bebas Dengan Ikat Jamin

LONDON: Polis Metropolitan London berkata, seorang lelaki yang ditahan berkaitan kematian seorang penunggang basikal dekat Taman Olimpik di timur London dibebaskan dengan ikat jamin.

Sebuah bas dua tingkat yang membawa sekumpulan wartawan sempena Sukan Olimpik melanggar seorang penunggang basikal berusia 28 tahun pada Rabu.

Kemalangan itu berlaku berhampiran Velodrome Olimpik.

Terdahulu, seorang lelaki berusia awal 60-an ditahan di tempat kejadian kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan itu.

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain