suria

Novelis Terkenal Amerika Gore Vidal Meninggal Dunia

Gore Vidal
Gore Vidal
Gore Vidal

LOS ANGELES: Novelis veteran Amerika, Gore Vidal meninggal dunia di kediamannya di Bukit Hollywood kerana komplikasi radang paru-paru.

Beliau berusia 86 tahun.

Semasa hayatnya, Vidal adalah seorang penulis yang sepopular Norman Mailer dan Truman Capote.

Mendiang juga dikenali kerana cara kehidupannya yang ranggi.

Vidal telah menghasilkan 25 buah novel, rencana, pementasan, lakon layar dan drama televisyen sepanjang kariernya yang gemilang itu.

Beliau juga cuba untuk menyertai politik tetapi gagal.

Novelnya yang ketiga "The City and the Pillar" mencetuskan kontroversi kerana keterbukaannya memperkatakan tentang homeseksualiti pada tahun 1948.

Vidal dilahirkan pada 3 Oktober 1925.

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain