suria

Middleton, Putera Harry Ungguli Senarai Pakaian Terbaik Vanity Fair

NEW YORK: Kerabat diraja Britain mengungguli senarai pakaian terbaik antarabangsa Vanity Fair pada tahun ini menerusi Duchess of Cambridge, Kate Middleton dan adik iparnya, Putera Harry.

Keputusan Middleton yang menolak perkhidmatan pereka fesyen terkemuka seperti Alexander McQueen dan memilih sendiri pakaiannya di Topshop membolehkan beliau terpilih dalam senarai tersebut.

Ia merupakan kali ketiga Middleton terpilih dalam senarai itu dan beliau akan muncul di salah sebuah muka depan majalah keluaran Setember ini.

Putera Harry turut tersenarai bagi kategori pakaian terbaik tahun ini.

Senarai itu turut memperlihatkan beberapa nama atlet pada Sukan Olimpik tahun ini.

Perenang England, Tom Brady melakukan penampilan pertama begitu juga pemain New York Giants, Victor Cruz.

Jay-Z turut tersenarai buat kali pertama di samping penyanyi Alicia Keys.

Pelakon Diane Kruger dan Richard E.Grant melakukan penampilan kedua.

Colin Firth dan isterinya, Livia pula terpilih bagi kategori Pakaian Terbaik Berpasangan.

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain