suria

Korban Taufan Saola Di Taipei Dijangka Meningkat

TAIPEI: Ribut taufan dan hujan lebat yang melanda timur Taiwan awal pagi Khamis menyebabkan beberapa kawasan ladang ditenggelami air dan sistem pengangkutan turut terjejas.

Taufan Saola mengorbankan kira-kira empat orang di Taiwan tetapi jumlah itu dijangka meningkat.

Taufan itu membawa angin kencang selaju antara 118 dan 155 kilometer apabila melanda utara Taiwan dalam tempoh 48 jam lalu.

Ia dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini.

Pihak berkuasa mengarahkan beberapa pejabat dan kawasan perniagaan di utara Taiwan termasuk Taipei ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membersihkan pokok-pokok dilakukan.

Kementerian Pertahanan menempatkan 48,000 askar untuk membantu penduduk yang terpaksa dipindahkan akibat bencana alam itu.

Taufan itu turut mengakibatkan jalan-jalan rosak serta jambatan runtuh berikutan banjir dan tanah runtuh.

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain