suria

Kadar Pengangguran Di Sepanyol Menurun

MADRID: Bilangan individu yang mendaftar sebagai penganggur di Sepanyol menurun kepada 27,814 pada Julai kerana kebanyakannya mendapat pekerjaan pada pelancongan musim panas.

Kementerian Buruh berkata, jumlah individu yang mendaftar sebagai penganggur setakat ini adalah seramai 4.58 juta orang.

Sepanyol kini bergelut dengan kegawatan ekonomi kedua dalam tempoh tiga tahun dengan kadar pengangguran mencecah 25 peratus.

Bagaimanapun, negara itu mengelak untuk mendapat bantuan kewangan.

Sepanyol turut menguji keyakinan pelabur pada Khamis dengan lelongan bon pertengahan dan jangka panjang.

Negara itu berharap Bank Negara Eropah akan mengumumkan langkah-langkah yang mungkin meredakan tekanan ke atas kos pinjaman.

Pada Khamis, Perdana Menteri Mariano Rajoy dijangka bertemu Perdana Menteri Itali, Mario Monti di Madrid.

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain