suria

Ratusan Haiwan Seludup Akan Dikembalikan Ke Filipina

HONG KONG: Beratus-ratus haiwan reptilia terancam termasuk penyu dan seekor ular sawa yang diseludup ke Hong Kong akan dikembalikan ke negara asalnya, Filipina pada Rabu.

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara enam minggu atas dakwaan menyeludup kira-kira 105 haiwan reptilia ke bandar ini yang dibungkus dalam beberapa kontena plastik.

Bungkusan itu diletakkan di dalam beberapa beg yang didaftar masuk pada 14 Jun lalu, kata seorang pegawai.

Kira-kira 39 ekor penyu Filipina, 46 kotak kura-kura Asia Tenggara, 19 cicak tokek Mindanao dan seekor ular sawa memerlukan penjagaan pakar sebelum dihantar pulang.

"Agak sukar bagi haiwan tersebut untuk bernafas. Kebanyakan haiwan itu mengalami dehidrasi sejak tiba di sini dan memerlukan rawatan susulan," kata Ketua Pemuliharaan Fauna di Ladang dan Taman Botani Kadoorie, Gary Ades.

Penyeludupan haiwan tidak dibenarkan di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES), walaupun menjadikan ia sebagai haiwan peliharaan sah di sisi undang-undang di Hong Kong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain