suria

Pesawat United Airlines Dilencong Ke Boston, Tiada Insiden Buruk Berlaku

BOSTON: Polis negeri Massachusetts berkata, sebuah kamera yang tidak mempunyai pemiliknya yang ditemui di dalam pesawat dan menyebabkan penerbangan antarabangsa bagi pesawat United Airlines terpaksa dilencongkan ke Boston didapati selamat selepas menjalani pemeriksaan sinar X.

Jurucakap polis negeri, David Procopio berkata, penumpang diarahkan keluar dari pesawat yang diperiksa oleh pakar bom di kawasan terkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan.

Beliau berkata, pesawat itu kemudian meneruskan penerbangannya.

Jurucakap United Airline, Rahsaan Johnson berkata, kru mengambil keputusan untuk melencongkan pesawat 956 dalam penerbangannya dari Newark, New Jersey ke Geneva, Switzerland, selepas menemui kamera di kerusi yang tidak diduduki oleh penumpang.

Johnson berkata, pesawat Boeing 767 itu membawa 157 penumpang dan 11 kru. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain