suria

‘Lelaki Mati’ Pulang Ke Bangladesh Selepas 23 Tahun

DHAKA, Bangladesh: Selama 23 tahun, keluarganya di Bangladesh menganggap dirinya sudah mati.

Tetapi kemudian seorang pemanggil yang tidak dikenali memberitahu kepada pegawai tempatan pada Mei lalu bahawa lelaki itu masih hidup dan sedang dipenjarakan di Pakistan.

Moslemuddin Sarkar yang berusia 52 tahun kembali pulang pada Selasa.

Pihak berkuasa Pakistan membebaskannya dari penjara di Karachi pada Isnin malam dan menghantarnya pulang.

Sarkar meninggalkan rumahnya pada suatu pagi pada tahun 1989 selepas satu kunjungan, dan memberitahu keluarganya bahawa dia mahu pulang kembali bekerja sebagai pekerja di pelabuhan di Bangladesh.

Keluarganya tidak mendengar lagi mengenainya sehingga Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah menjumpai lelaki tersebut di penjara Karachi selepas menerima panggilan yang tidak dikenali itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain