suria

Firma British Menang Perjanjian AS$1.1 bilion Tambah Baik Jet Korea Selatan

SEOUL: Korea Selatan telah memilih firma pertahanan British, BAE Systems untuk projek yang bernilai AS$1.1 bilion (RM3.46 bilion) untuk menambahbaik jet pejuang KF-16 yang sudah berusia.

Pejabat cawangan Amerika Syarikat (AS) BAE Systems mengalahkan saingan Lockheed Martin untuk memenangi perjanjian itu, kata Agensi Pemerolehan Pertahanan, sambil menambah bahawa kontrak itu akan ditangani dalam tahun ini.

BAE Systems akan menambahbaik komputer misi dan sistem operasi bagi 134 jet pejuang KF-16 menjelang 2021.

Agensi itu merancang untuk memilih firma yang berasingan untuk menambahbaik radar pesawat perang itu.

KF-16 merupakan versi F-16 yang dibina di negara itu di bawah lesen daripada Lockheed Martin pada tahun 1990-an. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain