Dua Letupan Bom Gegar Pattani - Dunia | mStar

Dua Letupan Bom Gegar Pattani

BANGKOK: Dua butir bom menggegarkan Pattani malam Selasa termasuk sebuah hotel yang dibom buat kali kedua dalam tempoh empat tahun.

Jurucakap polis Pattani berkata bom yang diletakkan dalam sebuah kereta meletup di belakang CS Hotel pada 7.15 malam (8.15 malam waktu Malaysia) menyebabkan hotel itu terbakar sehingga ke tingkat tujuh.

Kejadian bagaimanapun hanya menyebabkan seorang cedera ringan, manakala semua pelanggan hotel berjaya dipindahkan keluar.

Siasatan awal polis mendapati bom buatan sendiri seberat 10 kg itu disorokkan dalam kereta yang diletak berhampiran dapur hotel tersebut.

"Saya boleh rasa impak letupan bom itu kerana rumah saya terletak hanya 100 meter daripada hotel," kata seorang wartawan tempatan yang enggan dikenali.

Bom kedua meletup di kawasan Paknam, beberapa minit selepas letupan bom pertama. Hotel lapan tingkat itu dibom buat pertama kali pada 2008 mengakibatkan tiga maut dan 10 cedera.

Artikel Sebelum

Australia Rampas Dadah Bernilai AS$525 Juta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain