suria

Presiden Romania Dijangka Terselamat Daripada Undi Tidak Percaya

BUCHAREST: Presiden Romania yang digantung, Traian Basescu dijangka terselamat daripada undi tidak percaya berikutan peratusan mengundi yang rendah, menurut angka sementara yang dikeluarkan panel mengundi pada Isnin.

Pusat biro pilihan raya berkata, jumlah yang keluar mengundi adalah 45.92 peratus, iaitu di bawah paras 50 peratus yang diperlukan untuk mengesahkan keputusan mahkamah perlembagaan.

Basescu, digantung selepas usul yang dilancarkan oleh pesaing berhaluan kiri, USL yang berkuasa selama tiga bulan dengan mengisytiharkan bahawa rakyat Romania perlu mengundi “untuk Eropah dan demokrasi” walaupun beliau memahami “kemarahan” berjuta rakyat yang mengundi untuk menggulingkan beliau.

Pungutan suara yang dijalankan oleh stesen televisyen swasta, Realitates TV menunjukkan majoriti pengundi iaitu 86.9 peratus mengundi untuk menyingkirkan presiden. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain