suria

Lima Maut Gerabak Kereta Api Terbakar di India

HYDERABAD (India): Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas gerabak kereta api terbakar di selatan India, pada Isnin.

Pegawai wilayah, B Sridhar, berkata kereta api itu berhenti selepas kebakaran berkenaan disedari seorang pegawai ketika ia melalui sebuah stesen.

Sridhar berkata, kebakaran terbabit berlaku akibat litar pintas di dalam gerabak. Bagaimanapun, kebakaran berkenaan berjaya dipadamkan dan berbelas penumpang yang cedera dimasukkan ke hospital.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku di Nellore, sebuah bandar kira-kira 500 kilometer di selatan Hyderabad, ibu negeri Andhra Pradesh. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain