suria

Korea Selatan Dapat Hak Ekslusif Bangun Kerja Perlombongan Di Laut India

SEOUL: Korea Selatan memenangi hak ekslusif untuk membangunkan kerja perlombongan dasar laut di Laut India yang berupaya menghasilkan bahan galian bernilai $300 juta setahun.

Tapak berkeluasan 10,000 kilometer persegi itu mengandungi saluran hidroterma yang boleh mengeluarkan logam seperti emas, perak, tembaga dan zink, kata Kementerian Maritim Korea Selatan.

Mesyuarat Agung Perbadanan Dasar Laut Antarabangsa, Jumaat lalu sebulat suara memilih Seoul untuk mendapat hak ekslusif bagi membangunkan kawasan di sekitar 2,500 barat daya Sri Lanka bermula awal tahun depan hingga 2027.

Kementerian tersebut menganggarkan pengeluaran bahan galian akan mencecah 46,000 tan bernilai $320 juta setahun.

"Ini adalah hasil usaha agresif kerajaan dan agensi berkaitan dalam pelaburan, kajian dan hubungan antarabangsa," kata kementerian itu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain