suria

Honduras Catat Rekod Tertinggi Kes Pembunuhan Wanita

TEGUCIGALPA: Pembunuhan golongan wanita di Honduras semakin meningkat, menurut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (CONADEH) pada Ahad.

Kira-kira 3,000 wanita dibunuh dalam tempoh 10 tahun lalu tetapi lebih 40 peratus kes pembunuhan berlaku sejak dua tahun lalu.

Pada 2010, seramai 36 wanita dibunuh setiap bulan.

Bagi tempoh separuh pertama tahun ini, angka itu meningkat kepada 46 orang atau kira-kira tiga wanita setiap dua hari.

Pengarah CONADEH, Ramon Custodio menyifatkan insiden itu sebagai 'pembunuhan golongan wanita' - salah satu isu kemanusiaan yang serius di Honduras.

Katanya, mangsa pembunuhan kejam itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk suri rumah, kakitangan universiti, pelajar, pekerja kilang tekstil dan kanak-kanak perempuan berusia setahun.

Namun, lebih 90 peratus kes tersebut telah disiasat.

Pada Mac lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan Honduras mencatatkan kes pembunuhan tertinggi iaitu 82.1 kematian daripada 100,000 penduduk.

Artikel Sebelum

Artikel Lain