suria

Lelaki Menang Rayuan Kes Tulis Tweet Jenaka Bom Di Lapangan Terbang

LONDON: Seorang pengguna Twitter warga Britsih memenangi rayuan pada Jumaat terhadap sabitannya kerana menulis di laman mikro-blog bahawa dia dalam perjalanan untuk meletupkan sebuah lapangan terbang di utara England, di mana katanya, ia adalah satu jenaka.

Paul Chambers menulis mesej berkenaan di laman rangkaian sosial kerana kekecewaannya pada Januari 2010 sewaktu ribut salji melanda di Lapangan Terbang Robin Hood di South Yorshire yang menjejaskan rancangannya untuk terbang ke Ireland.

Dia menulis di Twitter yang mempunyai seramai 600 pengikut: “Lapangan Terbang Robin Hood ditutup. Kamu mempunyai masa seminggu dan jika lewat sedikit, saya meletupkan lapangan terbang!”

Chambers, yang kini berusia 28 tahun telah ditahan seminggu kemudian. Majistret di Doncaster mengenakan saman terhadapnya sebanyak 385 pound (RM1,913) pada Mei 2012 dan memerintahkannya supaya membayar 600 pound (RM2,337) kerana menghantar mesej yang berunsurkan ancaman.

Terdahulu, satu rayuan dikemukakan telah ditolak tetapi hakim di Mahkamah Tinggi London pada Jumaat telah membatalkan sabitannya.

Chambers meluahkan perasaan leganya berhubung keputusan itu, sambil menambah dia kini menganggur sejak dia ditahan.

Peguamnya, John Copper sebelum ini memberitahu hakim dalam kes itu bahawa ia dengan jelas adalah tweet, yang dihantar oleh seseorang yang tidak menyamar identitinya, adalah sebagai satu jenaka. - AFP

Artikel Lain