Landasan Kereta Api India Adalah Jamban Terbuka Terbesar Di Dunia - Menteri - Dunia | mStar

Landasan Kereta Api India Adalah Jamban Terbuka Terbesar Di Dunia - Menteri

NEW DELHI: Seorang menteri kanan dalam kabinet Kerajaan Persekutuan India berkata, beliau berasa malu kerana landasan kereta api di negaranya adalah merupakan jamban terbuka paling besar di dunia.

Oleh yang demikian, beliau telah mengemukakan satu cadangkan bernilai AS$130 juta untuk 'membersihkan' landasan kereta api India daripada gelaran itu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Jairam Ramesh berkata, di India kini terdapat 130 juta rumah tanpa kemudahan tandas.

"Ini adalah sesuatu yang bukan sahaja sangat memalukan tetapi menyedihkan dan menyakitkan hati," kata Ramesh, sebagaimana dipetik oleh the Times of India.

Oleh yang demikian beliau telah mencadangkan pembinaan 100,000 tandas bio yang melibatkan kos sebanyak Rp1.5 bilion atau AS$28 juta di seluruh perkampung dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau juga mencadangkan bajet sebanyak Rp5 bilion untuk membina koc tandas bio bagi mengantikan tandas lubang di dalam koc-koc kereta api sepertimana yang ada sekarang.

Adalah dianggarkan perkhidmatan kereta api India memiliki 50,000 buah koc.

Projek ini akan memakan masa lima tahun untuk dilengkapkan.

Perkhidmatan kereta api India membawa sejumlah 11 juta penumpang setiap hari sekaligus menjadikannya sebagai tandas terbuka paling besar di dunia, kata Ramesh lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain