suria

Kedutaan Poland Di Syria Ditutup, Laksana Pemindahan

WARSAW, Poland: Poland berkata, ia telah menutup kedutaannya di Syria dan melaksanakan pemindahan semua diplomat berikutan situasi keselamatan di negara itu bertambah buruk.

Menteri Luar, Radek Sikorski pada Jumaat berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan keselamatan kakitangannya di kedutaan.

Kedutaan Poland di Syria mewakili kepentingan Amerika Syarikat (AS) di negara itu.

Sikorski berkata, kedutaannya akan dibuka semula sebaik sahaja keadaan keselamatan membenarkannya. - AP

Artikel Lain