suria

Empat Tentera Maut Dalam Serangan Hendap Di Pattani

BANGKOK: Empat tentera terbunuh dan dua yang lain cedera apabila mereka diserang pemberontak di Mayor, Pattani pada Sabtu.

Ketua Polis Mayor Kol Korn-art Suwankam berkata, 16 pemberontak yang menaiki tiga pikap bersenjatakan M-16, AK47 dan senapang patah menyerang anggota tentera tersebut yang ketika itu sedang menunggang tiga motosikal di Kampung Dua, Jalan Palas-Mayor, Mayor pada pukul 7 pagi.

"Pemberontak berterusan melepaskan tembakan ke arah anggota tentera terbabit tanpa memberi peluang kepada mereka membalas tembakan," katanya.

Kumpulan pemberontak itu juga melemparkan paku di atas jalan raya menuju ke kampung berkenaan bagi melambatkan bantuan daripada pihak berkuasa.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak mereka yang disyaki puak pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka bagi mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas.

Artikel Lain