suria

Empat Pendaki Maut Disambar Petir

WARSAW: Polis Poland menemui empat mayat pendaki yang disyaki maut disambar petir di kawasan pergunungan Pieniny, awal pagi Jumaat.

Empat mayat tersebut dikenal pasti sebagai sepasang suami isteri berusia 50-an, anak perempuan mereka dan teman lelakinya yang dilaporkan hilang pada petang Rabu lalu selepas bersiar-siar di kawasan pergunungan terbabit.

"Berdasarkan kesan petir di kawasan mayat ditemui, kami percaya kesemua mangsa maut akibat disambar petir," kata pegawai polis, Jacek Bobek.

Artikel Lain