suria

Trak Bawa Sami Hindu Terjunam Ke Dalam Gaung

JAMMU: Sebuah trak yang membawa sekumpulan sami Hindu dari kuil di Banjaran Himalaya terjunam ke dalam gaung di utara India, menyebabkan 16 orang terbunuh.

Supritendan Israr Khan berkata, 16 penumpang lain dilaporkan cedera parah dalam insiden yang berlaku lewat petang Khamis di wilayah Jammu, India.

Katanya, beberapa penduduk kampung berhampiran dan polis cuba menuruni cerun untuk menyelamatkan mangsa yang cedera.

Sami-sami tersebut dikatakan melawat Kuil Amarnath dan melakukan kerja-kerja amal sebelum insiden berlaku.

Artikel Berikut

Artikel Lain