suria

Samsung Terus Dahului Apple Dalam Pasaran Telefon Pintar

WASHINGTON: Satu kajian menunjukkan Samsung terus meneraju dalam pasaran telefon mudah alih pada suku kedua 2012 apabila syarikat gergasi dari Korea Selatan itu mendahului pesaingnya Apple dalam pasaran telefon pintar.

Laporan IDC yang dikeluarkan pada lewat Khamis menunjukkan Samsung berada di kedudukan teratas dalam pasaran pertumbuhan pesat untuk telefon pintar serta pasaran telefon mudah secara keseluruhan, yang berkembang perlahan.

Kajian itu menunjukkan Samsung menguasai 50.2 juta telefon pintar di seluruh dunia bagi tempoh April sehingga June, berkembang sebanyak 172.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala Apple menjual 26 juta iPhones, meningkat 27.5 peratus.

IDC mengatakan bahawa Samsung memperoleh pengembangannya daripada telefon barunya, Galaxy S III, manakala permintaan untuk Apple menyusut enam bulan kemudian selepas mengeluarkan iPhone terbarunya.

Apple dijangka akan mengeluarkan versi baru iPhone kemudian pada tahun ini.

“Samsung dan Apple dengan cepat menjadi pengeluar telefon pintar global apabila kedua-duanya memperkenalkan sesuatu yang berbeza kepada pasaran,” kata Kevin Restivo, seorang penganalisis kanan kajian dengan IDC.

"Samsung menggunakan strategi besar-besaran di mana kebanyakan model dihasilkan dengan pelbagai jenis segmen pasaran. Apple, sebaliknya, menawarkan sejumlah kecil bagi model berprofil tinggi,” katanya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain