suria

Saintis Temui Rekahan Sebesar Grand Canyon Di Bawah Ais Antartika

PARIS: Saintis telah menemui rekahan sebesar Grand Canyon tersembunyi di bawah timbunan ais Antartika yang menurut mereka menjadi punca kepada pencairan bongkah ais dan kenaikan paras laut.

Rekahan itu sesetengahnya sedalam 1.5 kilometer, seluas 10 kilometer dan sepanjang 100 kilometer.

Glasierlogis, Robert Bingham memberitahu agensi berita AFP, penemuan tersebut bukan sahaja sangat menakjubkan mereka malah memberi gambaran baru tentang mukabumi sebenar Antartika.

Artikel Lain