suria

Puak Taliban Pakistan Ancam Balas Dendam Ke Atas Myanmar Jika Etnik Rohingya Terus Dianiayai

ISLAMABAD: Puak Taliban Pakistan, Tehreek-e-Taliban mengacam akan membalas dendam ke atas Myanmar jika negara itu tidak dapat mengawal penganiayaan ke atas masyarakat Islam Rohingya.

Tehreek-e-Taliban juga mendesak Pakistan agar menghentikan dengan segera semua urusan diplomatik dengan Myanmar dan menutup kedutaan Myanmar di sini.

Jurucakap Tehreek-e-Taliban, Ehsanullah Ehsan berkata, jika kerajaan Pakistan gagal berbuat demikian, mereka tidak teragak-agak untuk menyerang semua kepentingan Myanmar sama ada di Pakistan atau di Myanmar sendiri.

Perbalahan antara etnik Rakhine dan Rohingya di Myanmar telah menyebabkan beribu keluarga menjadi pelarian dan hidup menderita serta kelaparan di kem-kem pelarian.

Artikel Lain