suria

Mayat Tujuh Pelombong Mexico Ditemui

PIEDRAS NEGRAS: Tujuh mayat pelombong yang maut dalam letupan gas di lombong arang batu Utara Mexico berjaya dikeluarkan pasukan kecemasan pada Khamis.

Ketua Pasukan Pertahanan Awam Utara Coahuila, Francisco Contreras Obregon, berkata mangsa yang berumur antara 20 dan 39 tahun itu melecur teruk dan hancur dihempap batu.

Ketujuh-tujuh lelaki berkenaan terperangkap di bawah tanah ketika letupan gas metana berlaku.

Letupan berlaku di lombong arang batu ‘El Progreso’ yang terletak kira-kira 150 kilometer di sempadan barat daya bandar Eagle Pass, Texas.

Artikel Lain