suria

Lima Anggota Polis Terbunuh Serangan Bom Di Yala

BANGKOK: Lima anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Kampung Upak, Thatong, Raman, Yala, pada Rabu. Ketua Polis Yala, Mejar Jeneral Pirat Boonliang berkata, kumpulan itu sedang melakukan rondaan di sebuah jambatan di kampung itu apabila sebutir bom buatan sendiri yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan pikap dan dipakir di jambatan itu, meletup pada jam 3.15 petang.

"Kumpulan pemberontak Runda Kumpulan Kecil (RKK) diketuai oleh Kaman Chaichana meledakkan bom itu dari hutan berhampiran," katanya.

Mereka turut merampas senjata api anggota polis terbabit.

Kumpulan pemberontak berkenaan dilaporkan telah menebang pokok dan menggunakannya sebagai halangan di sepanjang jalan menuju ke kampung itu selepas serangan, satu usaha untuk melengahkan bantuan pasukan polis tiba di kawasan itu.

Adalah dianggarkan lebih 5,000 orang telah menjadi mangsa korban sejak puak pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, lapan tahun lepas.

Artikel Lain