suria

Letupan Bom Di Pakistan: Angka Terkini 9 Terkorban

KHAR(Pakistan): Satu letupan bom di tengah-tengah sebuah pasar yang sibuk dekat sini pada Khamis telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang awam termasuk dua kanak-kanak.

Letupan itu berlaku di Bazar Pasht Salarzai di daerah Bajaur.

Sebelas orang dilaporkan tercedera dalam kejadian itu.

Setakat ini tidak ada mana-mana puak atau kumpulan yang mengaku bertanggungjawab meletupkan bom tersebut.

Menurut agensi berita AFP, sejak Julai 2007, sudah lebih 5,000 orang terkorban dalam serangan puak militan di sekitar Pakistan.

Pakistan juga telah kehilangan lebih 3,000 askar yang terkorban kerana menjadi mangsa sasaran puak Taliban dan puak yang bersengketa.

Artikel Lain