suria

Korea Utara Tabur Risalah Di Sempadan Korea Selatan

SEOUL: Korea Utara buat pertama kalinya dalam tempoh 12 tahun telah didapati menabur beribu-ribu keping risalah di sempadan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada propaganda 'menyerang' pentadbiran negara jiran mereka itu.

Satu kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyebut, pihak tentera telah mengutip tidak kurang dari 16,000 risalah di sepanjang garisan sempadan yang bertembok yang memisahkan kedua-dua buah yang bertelagah itu.

Mereka menemui risalah-risalah itu sepanjang lima hari sejak 21 Julai lalu.

Risalah itu mengandungi kata-kata yang mengkritik pentadbiran Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak.

Di dalam risalah itu juga Korea Utara menuduh kerajaan Korea Selatan cuba untuk memusnahkan patung pemimpin agung Korea Utara, Kim Il-Sung.

"Mereka menggunakan belon untuk menaburkan risalah-risalah itu," kata kenyataan tersebut.

Pada tahun 2004, kedua-dua buah negara bersetuju untuk menurunkan pembesar suara yang diletakkan berselerakan di sempadan untuk melaungkan propaganda masing-masing.

Sejak tercetusnya perang saudara, kedua-dua buah negara tidak pernah secara rasmi mengisytiharkan genjatan senjata.

Artikel Lain