suria

Juruterbang Air France Ditawar Bonus Sertai Unit Tambang Rendah

PARIS: Air France menawarkan bonus yang besar sehingga empat bulan gaji kepada juruterbangnya yang bersetuju untuk menyertai unit tambang rendahnya, Transavia, kata seorang jurucakap pada Khamis.

Sumber syarikat itu berkata, jumlah bonus itu ditawarkan kepada juruterbang sehingga 60,000 euro (RM229,736).

Air Franca pada bulan lepas berkata, syarikat itu akan mengurangkan lebih 5,000 pekerjaan atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya, dalam skim sukarela menjelang 2014 sebagai sebahagian daripada pelan besar-besaran untuk mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu.

Sejumlah 5,122 kerja telah dikurangkan dan syarikat penerbangan itu berkata, dan semua yang pergi secara sukarela akan disediakan perjanjian rangka kerja baru yang akan ditandatangani bersama kesatuan.

Salah satu cara mengurangkan bilangan pekerjaan adalah mendapatkan sebahagian juruterbang untuk berkhidmat dengan Transavia selama tiga tahun. - AFP

Artikel Lain