suria

Ribut Tropika Bunuh Tiga Nelayan Kemboja

PHNOM PENH: Tiga nelayan Kemboja terbunuh apabila bot yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang dan hujan yang disebabkan oleh Ribut Tropika Vincente.

Pihak berkuasa berkata mayat lelaki-lelaki terbabit telah ditarik keluar dari tasik Tonle Sap pada Rabu di wilayah Pursat, timur laut ibu negara, Phnom Penh.

Gabenor Tempatan Khoy Sokha berkata kesemua mangsa adalah antara tujuh orang yang memancing dalam bot pada Selasa, apabila ribut melanda dan menterbalikkan bot itu.

Empat yang lain telah diselamatkan.

Pihak berkuasa Kemboja telah memberi amaran bahawa hujan lebat boleh berlaku hingga Khamis akibat Vincente.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain