suria

Polis Bangladesh Berjaya Tahan Suspek Pembunuhan Diplomat Arab Saudi

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh pada Rabu mengumumkan bahawa mereka akhirnya berjaya menjejaki dan menahan empat suspek yang disyaki menembak mati diplomat Arab Saudi Mac lalu.

Khalaf al-Ali, 45, Ketua Hal Ehwal Warga Arab Saudi di Kedutaan Besar negara itu di sini telah disamun dan ditembak ketika dia sedang mengambil angin lewat malam berhampiran kediamannya di daerah Gulshan.

Dia meninggal dunia di hospital tiga jam kemudian.

Timbalan Komisioner Polis, Nazrul Islam ketika mengumumkan hasil penangkapan itu berkata, keempat-empat lelaki yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 25 tahun dan mereka turut menemui sepucuk pistol yang dipercayai digunakan ketika kejadian itu.

"Hasil siasatan awal mendapati, keempat-empat lelaki berkenaan keluar dengan kereta dengan rancangan untuk menyamun seseorang dan pada malam itu kebetulan mereka bertemu dengan mangsa yang sedang berjalan kaki seorang diri.

"Ketika mereka sedang bergelut untuk menyamun mangsa, salah seorang daripada suspek telah melepaskan tembakan dan peluru itu menembusi dada mangsa," kata Nazrul.

Diplomat itu tinggal berseorang di apartmennya di Gulshan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain