suria

Laksa Kari Dari Malaysia Antara 10 Makanan Perlu Dicuba Sebelum Meninggal Dunia

NEW YORK: Kebanyakan orang Amerika mungkin tidak pernah mendengarnya, tetapi "laksa kari makanan laut" adalah makanan Malaysia yang menjadi salah satu daripada '10 makanan teratas patut dicuba sebelum anda mati' menurut akhbar berpangkalan di Amerika Syarikat, Huffington Post.

Senarai makanan yang paling lazat di dunia ini disiarkan baru-baru ini oleh akhbar berkenaan.

Walaupun laksa kari ini masih yang jarang-jarang terdapat di restoran-restoran di Asia, kecuali mereka yang pakar dalam menghidangkan masakan ini di Malaysia atau Singapura, akhbar itu seolah-olah telah melakukan kajian teliti dengan mengenal pasti sifat-sifat hidangan kegemaran di kalangan pencinta makanan Asia yang berkunjung ke restoran-restoran di Malaysia di timur Asia.

Sama ada senarai ini akan membantu mempopularkan laksa kari dari Malaysia ini di kalangan pakar makanan tempatan, ia masih belum dapat dipastikan.

Namun, hidangan ini masih menjadi pelengkap terhadap usaha-usaha yang dibuat oleh pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di New York, yang baru-baru ini melancarkan Program Dapur Malaysia pada tahun ketiga berturut-turut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain