suria

Kumpulan Bersenjata Serang Konvoi NATO

PESHAWAR: Sekumpulan lelaki bersenjata di barat laut Pakistan menyerang konvoi anggota keselamatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke Afghanistan, menyebabkan seorang pemandu terbunuh manakala dua lagi cedera parah.

Ia merupakan serangan pertama ke atas konvoi NATO di Pakistan sejak Islamabad membuka semula laluan bagi penghantaran bekalan, awal bulan ini selepas sekatan dikenakan selama tujuh bulan.

Pegawai kerajaan, Faraz Khan berkata, serangan pada Selasa itu berlaku di bandar Jamrud.

Jamrud terletak berhampiran dengan Torkham, salah sebuah jalan yang digunakan untuk menghantar bekalan kepada tentera NATO ke Afghanistan.

Pakistan menutup laluan tersebut pada November tahun lalu bagi membantah serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) yang mengorbankan 24 askar Pakistan.

Islamabad menamatkan sekatan laluan itu selepas AS memohon maaf di atas kematian tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain