Gampa Bumi 6.4 Skala Richter Gegarkan Simeulue, Aceh - Dunia | mStar

Gampa Bumi 6.4 Skala Richter Gegarkan Simeulue, Aceh

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.4 pada skala Richter menggegarkan kawasan Simeulue, Aceh pagi ini, namun pihak berkuasa menyatakan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami.

Laporan awal menyebut gegaran turut dirasakan penduduk di Banda Aceh dan di beberapa kawasan di Sumatera Utara.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia melaporkan gempa bumi pada pukul 7.27 pagi itu berpusat di 24 km ke barat daya daerah Simeulue, 317 km ke barat daya Medan, Sumatera Utara dan 1,546 km ke barat laut Jakarta.

Menurut laporan laman sesawang BMKG, gempa bumi itu berkedalaman 10 km. Belum ada laporan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda berikutan kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Di Acheh Ragut Satu Nyawa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain