suria

Buat Pertama Kalinya Gaji Hakim Di Indonesia Naik Mendadak

JAKARTA: Perjuangan para hakim daerah di Indonesia menuntut gaji pokok permulaan yang lebih besar daripada Rp1.976 juta (RM700) sebulan pada masa ini, termasuk ancaman untuk mogok pada April lalu, akhirnya berhasil.

Semalam, lima buah institusi kerajaan bersepakat untuk menaikkan gaji pokok permulaan hakim kepada antara Rp10 juta (RM3,500) hingga Rp11 juta (RM3,900) sebulan.

Selain gaji pokok yang baru itu, para hakim juga akan menerima faedah lain seperti elaun kenderaan, elaun sara hidup berdasarkan daerah tempat tinggal, elaun rumah dan pencen.

Gaji baru itu, yang akan dibayar paling lewat pada tahun hadapan, dipersetujui oleh Mahkamah Agung, Suruhanjaya Kehakiman, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi dan Sekretariat Negara.

Ketua Biro Undang-Undang dan Perhubungan Awam Mahkamah Agung, Ridwan Mansur mengumumkan keputusan itu di sini, semalam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain